Pada minggu ini kami diminta untuk membina batas sebelum boleh mula menanam sayur. Di awal kelas, kami dibahagikan kumpulan mengikut batas. Setiap batas terdiri dari dua orang ahli kumpulan. Kemudian, satu lagi kumpulan dibangunkan bagi membuat laporan online terdiri dari 4 orang ahli (dua batas - 1 blog).
Batas merupakan kawasan tanah yang ditinggikan untuk pertanian atau tanaman sayuran selain untuk perkebunan, atau dalam bahasa mudahnya tanah dinaikkan tinggi dengan tujuan bagi memastikan tanaman tidak ditenggelami air.
Setelah selesai memilih ahli kumpulan, kami dibawa ke kawasan yang akan dijadikan tapak bagi pembinaan batas setiap kumpulan. Kawasan batas ini adalah terbuka dan kumpulan kami memilih tapak berhampiran dengan punca air (batas 1 dan batas 2).
|
Pemilihan tapak batas |
Setelah memilih tapak, kami diminta untuk membina batas mengikut ukuran yang diberikan iaitu 10 kaki panjang dan 5 kaki lebar. Setiap kumpulan akan meletakkan border bagi setiap batas mengikut kumpulan.
|
Membuat tanda ukuran batas dan boarder yang akan diletakkan |
Kemudian, kami membersihkan kawasan tapak yang telah dipilih dari batu dan rumpai dan membuat aktiviti pembajakan. Rumpai adalah tumbuhan yang tumbuh pada tempat yang tidak dikehendaki atau kata lainnya merupakan tumbuhan yang dianggap mengganggu dan tidak diingini dalam kawalan manusia.
|
Membersihkan tapak; membuang rumpai dan batu |
|
Aktiviti pembersihan |
|
Aktiviti pembajakan; menggunakan cangkul |
|
Aktiviti pembajakan; menggunakan cangkul |
|
Aktiviti pembajakan; menggunakan mesin |
Kerja pembajakan iaitu menterbalikkan tanah bawah ke permukaan dengan menggunakan jentera atau cangkul.
Comments
Post a Comment