Assalamualaikum w.b.t
Aktiviti pada minggu ini ialah meletakkan baja dan menyemai benih di batas yang telah dibuat. Sebelum memulakan aktiviti tersebut, kami menggembur tanah terlebih dahulu sehingga menjadi halus kerana tanah agak keras dan mempunyai batu-batu kecil. Semasa menggembur kami membuang batu-batu dan rumpai bagi meningkatkan kesuburan tanah dan memudahkan proses tumbesaran tanaman.
|
Membuang batu kecil |
|
Menggembur tanah |
Setelah selesai menggembur tanah, kami meletakkan baja di atas batas. Tujuan membaja ialah untuk membekalkan nutrien kepada tanah supaya tanaman lebih cepat membesar, matang dan sihat. Baja yang digunakan ialah baja organik yang sangat baik untuk tanaman.
|
Baja organik |
|
Tekstur dan warna baja |
Baja diletakkan di atas batas dengan teknik taburan, dimana baja ditabur ke atas tanah. Kemudian, baja digaul dengan tanah supaya baja tidak terdedah di permukaan tanah.
|
Mengambil baja mengikut keperluan |
|
Baja ditabur di atas tanah |
Setelah baja dan tanah digaul rata kami menambah sedikit tanah di atas batas supaya kelihatan tinggi sedikit dan kemudiaannya meratakan tanah supaya tiada takungan air ketika air disiram atau sewaktu hujan. Tanah diratakan supaya tanaman tidak lemas dan benih tidak lari atau hilang dari permukaan batas.
|
Tanah ditambah ke atas batas yang telah dibaja |
|
Tanah diratakan |
Langkah yang seterusnya ialah menanam benih. Biji benih perlu dicampurkan dengan pasir terlebih dahulu supaya benih tidak tumbuh terlalu rapat. Ini dpanggil teknik penjarangan. Nisbah yang digunakan biji benih dan pasir ialah 1:10. Pasir digunakan dalam teknik ini kerana pasir mempunyai tekstur yang lebih kasar berbanding jenis tanah yang lain.
Batas di bahagikan kepada 4 alur untuk menanam tumbuhan sayuran. Setiap batas mempunyai 2 jenis sayur-sayuran.
|
Membahagi batas kepada 4 alur |
|
Menanam benih di atas alur yang telah dibuat |
Akhir sekali, menutup batas dengan net hitam untuk mengurangkan kadar cahaya matahari terus kepada tanaman dan untuk mengelakkan haiwan perosak daripada masuk ke dalam tanaman. Kemudian menyiram tanaman. Waktu yang baik untuk menyiram tanaman ialah pada waktu pagi dan pada waktu petang.
|
Menutup batas dengan net hitam |
Sekian terima kasih
Comments
Post a Comment