Minggu 3 : Eksperimen Pengujian Tanah
Assalamualaikum
w.b.t
Peratus pisahan =
Aktiviti
pada mingu ini adalah kami membuat 3 jenis ujikaji yang bertujuan untuk:
- - Menentukan tekstur tanah melalui cara medan
- - Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan
- - Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah
Pertama
sekali, kami mengambil sampel tanah daripada batas untuk tujuan pengujian
tanah. Tanah mestilah diambil beberapa
hari awal untuk memastikan tanah betul-betul kering semasa eksperimen dijalankan.
Eksperimen
yang pertama dijalankan adalah bertujuan:
Untuk menentukan tekstur tanah melalui cara medan. Bahan yang diperlukan adalah sampel tanah dan air manakala alatan yang diperlukan adalah bikar .
Mula-mula
masukkan 20g tanah di dalam bikar .
Kemudian,
lembapkan tanah dengan sedikit air. Tujuan tanah dilembapkan adalah untuk
membantu proses membentuk.
Gaulkan air
dan tanah dengan sebati. Bentukkan ia
menjadi bebola, rod, gelang U dan gelung. Di bawah menunjukkan hasil yang telah
diperolehi.
Hasil daripada pemerhatian :
- Bebola dapat dibentuk ( pasir berloam )
- Rod dapat dibentuk ( tanah loam )
- Gelang yang retak-retak ( tanah liat berpasir )
- Gelang dapat dibentuk (tanah liat )
Kesimpulan :
Tanah kami boleh dibentuk menjadi bebola, rod, bentuk U dan gelang. Tanah kami adalah jenis loam berpasir.
Eksperimen yang kedua dijalankan adalah untuk :
Untuk menentukan tekstur tanah melalui
cara mendapan. Bahan yang diperlukan adalah tanah dan juga air manakala alatan
yang diperlukan adalah balang gas, spatula dan bikar.
Dengan
menggunakan spatula/sudu masukkan tanah sebanyak 50 gm ke dalam balang gas.
Kemudian,
isikan air sebanyak 300 ml. Campuran air dan tanah dikacau sebati
perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.
Masukkan campuran air dan tanah ke dalam balang gas.
Balang gas
dibiarkan di atas meja sehingga mendapan terbentuk. Sebaik-baiknya balang gas
dibiarkan selama 24 jam. Mendapan yang terdiri daripada kumin tanah liat,
kelodak dan pasir akan terhasil.
Melalui
mendapan tersebut kami mengambil ukuran bagi setiap jenis kumin mendapan dengan
menggunakan pembaris. Daripada bacaan tersebut kami membuat pengiraan peratusan
mengikut rumus yang telah disediakan dan menentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.
Peratus pisahan =
Berdasarkan
data yang kami perolehi, kami menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem
Atterberg untuk menentukan tekstur tanah.
Tekstur tanah Batas 2 : Clay Loam
Kesimpulan : Tanah di batas kami adalah jenis loam bertanah liat dan sesuai untuk tanaman.
Tekstur tanah Batas 2 : Clay Loam
Kesimpulan : Tanah di batas kami adalah jenis loam bertanah liat dan sesuai untuk tanaman.
Eksperimen yang ketiga dijalankan adalah bertujuan:
Untuk membandingkan kadar pengaliran air melalui tanah. Bahan yang diperlukan untuk melakukan eksperimen ini adalah sampel tanah dan air suling manakala alatan yang diperlukan adalah gentian kaca, corong turas, kelalang kaca, bikar, pH analog dan pH digital.
Sediakan air
suling sebanyak 50ml di dalam bikar.
Kemudian, set masa selama 10 minit untuk
melihat proses pengaliran air. Sebaik saja, masa dimulakan tuangkan air suling
ke dalam corong dan melihat pengaliran
air yang melalui gentian kaca.
Mengambil bacaan bagi pH tanah menggunakan pH analog dan pH air menggunakan pH meter digital.
Semua bacaan yang diambil diletakkan di dalam jadual bagi membuat perbandingan antara batas.
Keputusan :
Comments
Post a Comment