Minggu 4 : Penjagaan Tanaman (Tanaman Secara Keratan Batang)
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat pembaca semua..
Pada minggu keempat, kami melakukan aktiviti penjagaan tanaman
iaitu tanaman secara keratan batang. Keratan batang merupakan kaedah penanaman
secara tampang.
Pembiakan tampang ialah penanaman menggunakan bahagian-bahagian vegetative
tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan sama dengan
induknya.Jadi, pada minggu ini kami diajar untuk membuat tanaman melalui keratan batang.
Pertama sekali, kami perlu mendapatkan keratan batang dari pelbagai jenis pokok, antaranya ialah pokok siantan, pokok bunga kertas dan pokok malberi.
Pokok siantan
Pokok malberi
Sebelum memulakan penanaman, kami perlu menyediakan mediam tanaman iaitu tanah. Mari kita lihat langkah-langkah penyediaan medium tanaman bagi keratan batang. Bahagian tanah yang digunakan ialah tanah top soil dan tanah biasa dengan nisbahnya 1 : 1.
Kedua-dua tanah dicampurkan dan digaulkan dengan sama rata
Jadi inilah hasilnya campuran tanah yang telah digaul
Medium tanah tersebut dimasukkan ke dalam plastik polybag
Setelah selesai penyediaan medium, kami memulakan proses untuk
menanam pula. Sebelum menanam, batang pokok yang diambil perlu dibuang daun dan
bahagian bawah pula dipotong serong supaya lebih besar permukaan bagi
pertumbuhan akar.
Seterusnya, bahagian pertumbuhan akar dicelup ke dalam penggalak
akar bagi menggalakkan lagi pertumbuhan akar dengan lebih banyak.
Penggalak akar terbahagi kepada tiga iaitu :
·
Penggalak akar 1 untuk batang pokok
yang lembut,
·
Penggalak akar 2 untuk batang pokok yang
sederhana lembut
·
Penggalak akar 3 untuk batang pokok yang
keras
Akhir sekali, keratan batang tersebut ditanam di dalam plastik polybag
yang telah disediakan tadi
Inilah hasilnya proses tanaman pokok secara keratan batang. Jangan
lupa untuk menyiram pokok yang sudah siap ditanam. Kaedah ini sangat mudah dan
boleh dicuba di rumah mahupun disekolah.
Terima kasih kerana sudi membaca dan selamat mencuba…
Comments
Post a Comment