Minggu 5 : Eksperimen Percambahan Biji Benih
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua pembaca 😎
Pada minggu ini kami membuat eksperimen berkaitan dengan percambahan biji benih. Terlebih dahulu kami akan menerangkan apa itu proses percambahan biji benih.
(b) Percambahan Hipogeal :
Terdapat tiga sub-tajuk bagi eksperimen ini iaitu :
A. Keperluan percambahan.
B. Mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih.
C. Percambahan Epigeal dan Hipogeal.
Mari kita lihat satu per satu ya! 😍
_________________________________________________________________________________________________________________
A. Keperluan percambahan
Bahan dan alatan :
Kaedah :
1. Sediakan set radas seperti Jadual 1 dan Jadual 2.
2. 10 biji benih dimasukkan dalam setiap radas.
4. Percambahan biji benih diperhatikan setiap hari.
5. Keputusan dicatatkan selepas 1 minggu.
Set kedua
Keputusan :
Soalan :
1. Mengapakah air dalam radas C1 dididihkan?
2. Apakah faktor yang menyebabkan biji benih tidak bercambah?
Tiada kehadiran air.
3. Apakah kesimpulan yang boleh anda buat mengenai ujikaji ini?
Benih bercambah apabila terdapat air yang mencukupi dan benih tidak memerlukan pencahayaan terus untuk bercambah.
4. Kirakan peratus percambahan biji benih dalam bekas C2.
(0/10) x 100% = 0%
B. Mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih.
Bahan dan alatan :
Kaedah :
1. Empat tabung uji berlabel A, B, C dan D disediakan dengan kandungan seperti di atas.
2. Tabung uji A, B dan C diletakkan dalam makmal. Tabung uji D diletakkan dalam peti sejuk.
4. Pemerhatian direkodkan.
1. Masukkan 60ml peat moss ke dalam 2 bikar. Tandakan A untuk benih kacang dan B untuk benih jagung.
2. Semaikan 2 biji benih kacang pada bekas A dan 2 biji benih jagung pada bekas B.
3. Renjiskan biji benih dengan air setiap hari.
Pada minggu ini kami membuat eksperimen berkaitan dengan percambahan biji benih. Terlebih dahulu kami akan menerangkan apa itu proses percambahan biji benih.
Percambahan ialah proses tumbuhan mulai tumbuh dari anak benih, spora
atau benda lain. Percambahan merupakan peringkat pertama menghasilkan anak
benih. Biji benih terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu kulit biji, embrio
dan kotiledon. Percambahan berlaku apabila biji benih mula bertumbuh. Berikut
merupakan struktur biji benih :
Proses bagi percambahan biji benih ialah :
- Biji benih menyerap air dan udara melalui mikropil.
- Kotiledon akan mengembang dan menyebabkan testa menjadi lembut dan pecah.
- Radikel akan berkembang ke dalam tanah dan membentuk akar untuk menyerap air dengan lebih banyak.
- Plumul pula akan berkembang ke atas dan membentuk pucuk iaitu daun pertama bagi menghasilkan makanan sendiri melalui fotosintesis. Kotiledon tidak diperlukan dan akan mengecut, layu dan gugur.
(a) Percambahan
Epigeal :
Kotiledon akan keluar dari tanah bersama-sama
plumul.
|
(b) Percambahan Hipogeal :
Kotiledon akan kekal bawah tanah. Hanya plumul
sahaja yang keluar dari tanah.
|
Kedormanan :
Kedormanan ialah keadaan apabila biji benih tidak bercambah dalam keadaan biasa. Ia merupakan satu mekanisma yang terdapat pada biji benih bagi mengelakkan biji benih bercambah sekiranya tidak wujud faktor-faktor persekitaran yang unik untuk sesuatu habitat. Kedormanan berlaku disebabkan kulit biji benih terlalu keras dan tebal. selain itu embrio belum cukup membesar dan mekanisma kawalan dalam biji benih.
Bagaimana cara untuk mengatasi kedormanan? Ini caranya :
a.
Mengikis kulit luar.
Cara untuk mengikis kulit luar adalah menggunakan
kertas pasir, kikir, atau meretakkan dengan tukul. Selain itu, menggunakan
mesin pembancuh simen bersama pasir dan kerikil.
b.
Merendam dalam air.
Dapat melarutkan kimia perencat dengan kaedah
merendam air panas (77 hingga 100 darjah farenheit) beberapa minit. Dibiarkan
sejuk. Air biasa 1 – 2 jam merendam dalam asid (bagi kulit yang terlampau
keras).
c.
Melembapkan biji benih pada suhu yang
rendah.
Ia dikenali sebagai pelintapan untuk merangsang
perubahan dari segi fisiologi. Hanya untuk benih yang memerlukan suhu rendah
untuk bercambah sahaja. Kaedah pertama rendam dalam air biasa 12 – 24 jam dan
kemudiannya digaul dalam medium lembab seperti habuk papan reput. (1 bahagian
benih dan 3 bahagian medium) kaedah kedua dengan campuran diletak di tempat
yang sejuk, lembap dan mempunyai pengudaraan baik. Suhu antara 2 – 7 darjah
celcius selama 1 hingga empat tahun.
A. Keperluan percambahan.
B. Mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih.
C. Percambahan Epigeal dan Hipogeal.
Mari kita lihat satu per satu ya! 😍
_________________________________________________________________________________________________________________
A. Keperluan percambahan
Bahan dan alatan :
Kaedah :
1. Sediakan set radas seperti Jadual 1 dan Jadual 2.
2. 10 biji benih dimasukkan dalam setiap radas.
3. Semua radas disiram/direnjis dengan air kecuali radas B2.
4. Percambahan biji benih diperhatikan setiap hari.
5. Keputusan dicatatkan selepas 1 minggu.
Jadual 1: Set pertama |
Set kedua
Jadual 2: Set kedua |
Keputusan :
Soalan :
1. Mengapakah air dalam radas C1 dididihkan?
Untuk membunuh bakteria dan kuman kerana air yang dididihkan pada suhu
100°C akan dapat membunuh bakteria dan kuman.
2. Apakah faktor yang menyebabkan biji benih tidak bercambah?
Tiada kehadiran air.
3. Apakah kesimpulan yang boleh anda buat mengenai ujikaji ini?
Benih bercambah apabila terdapat air yang mencukupi dan benih tidak memerlukan pencahayaan terus untuk bercambah.
4. Kirakan peratus percambahan biji benih dalam bekas C2.
(0/10) x 100% = 0%
Pemerhatian :
Berdasarkan eksperimen
yang telah dibuat untuk mengenalpasti keperluan percambahan biji benih adalah
biji benih tidak memerlukan cahaya untuk bercambah. Ia hanya memerlukan air,
oksigen dan suhu yang sesuai untuk bercambah dengan baik. Namun, walaupun hanya
ada kehadiran oksigen dan suhu yang sesuai, biji benih tetap tidak boleh
bercambah kerana ia memerlukan keperluan yang paling utama iaitu air.
_________________________________________________________________________________________________________________B. Mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih.
Bahan dan alatan :
Kaedah :
1. Empat tabung uji berlabel A, B, C dan D disediakan dengan kandungan seperti di atas.
2. Tabung uji A, B dan C diletakkan dalam makmal. Tabung uji D diletakkan dalam peti sejuk.
3. Biji benih diperhatikan selepas lima hari.
4. Pemerhatian direkodkan.
Keputusan :
Analisis :
1. Nyatakan ketidakhadiran bahan atau keadaan yang menyebabkan biji benih tidak bercambah.
(a)
Tabung uji B : biji benih tidak
bercambah kerana tiada kehadiran air walaupun adanya cahaya,
udara dan suhu
yang sesuai.
(b)
Tabung uji C : tiada kehadiran udara
kerana telah ditutup dengan lapisan minyak.
(c)
Tabung uji D : ada kehadiran air, namun
suhu tidak sesuai kerana disimpan di dalam peti sejuk
dan udara juga tiada
kerana tidak dapat diterima oleh biji benih dengan baik.
(d)
Tabung uji E : bercambah walaupun tiada
kehadiran cahaya kerana biji benih hanya
memerlukan kehadiran air, udara dan
suhu untuk bercambah.
2. Apakah pembolehubah :
(a)
dimanipulasikan : Keadaan untuk
percambahan biji benih.
(b)
dimalarkan : Bilangan dan jenis biji
benih yang diletakkan/digunakan.
(c)
bergerak balas : Bilangan biji benih
yang bercambah.
3. Apakah keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih?
Adanya kehadiran air, shu yang sesuai dan oksigen.
4. Tabung uji manakah yang bertindak sebagai kawalan?
Tabung uji A.
5. Mengapakah minyak digunakan dalam tabung uji C?
Untuk menghalang udara daripada larut dalam air masak dan menguji
percambahan tanpa kehadiran udara.
6. Apakah yang tidak ditemui dalam air masak (telah didih)?
Udara.
7. Apakah yang berlaku pada tabung uji E? Terangkan jawapan anda.
Biji benih bercambah sebanyak 2 biji. Walaupun tanpa kehadiran cahaya,
biji benih masih boleh bercambah kerana percambahan biji benih hanya memerlukan
air, udara dan suhu yang sesuai sahaja.
8. Kesimpulan eksperimen ini.
Kesimpulan bagi eksperimen ini adalah percambahan biji benih hanya
memerlukan air yang mencukupi, udara (oksigen) dan suhu yang sesuai. Cahaya
tidak diperlukan kerana percambahan biji benih tidak memerlukan cahaya.
Pemerhatian :
Berdasarkan kajian ini, saya dapat mengkaji keadaan
yang diperlukan bagi percambahan biji benih, iaitu keadaan yang wujudnya
kehadiran air, oksigen dan suhu yang sesuai. Jika dilihat pada keputusan
eksperimen ini, sekiranya tiada kehadiran air, udara dan suhu yang sesuai, biji
benih tidak akan bercambah. Ia hanya akan bercambah sekiranya cukup ketiga-tiga
keperluan yang diperlukan untuk percambahan. Walaubagaimanapun, sekiranya
terdapat kehadiran cahaya (seperti tabung uji A), ia tidak akan menjejaskan
percambahan biji benih sekiranya ia lengkap ketiga-tiga keperluan yang
diperlukan.
_________________________________________________________________________________________________________________
C. Percambahan Epigeal dan Hipogeal
Radas dan bahan :
- Bikar 80ml / Bekas plastik.
- Biji benih kacang dan jagung.
- Peat moss.
Kaedah :
2. Semaikan 2 biji benih kacang pada bekas A dan 2 biji benih jagung pada bekas B.
3. Renjiskan biji benih dengan air setiap hari.
4. Percambahan benih dipantau dan diambil bacaan setiap hari.
5. Lukiskan gambar percambahan biji benih setelah 5 hari.
Keputusan :
Analisis :
1. Nyatakan perbezaan diantara pertumbuhan Epigeal dan Hipogeal.
Pecambahan epigeal adalah apabila biji benih bercambah, cotyledon juga akan bercambah naik melepasi tanah. Percambahan hipogeal pula adalah apabila biji benih bercambah, cotyledon tidak akan bercambah dan hanya tinggal di dalam tanah.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan embrio?
Embrio adalah sebahagian dari benih yang mengandungi bentuk paling awal dari akar, batang dan daun tanaman.
3. Bagaimana mengatasi kedormanan?
a.
Mengikis kulit luar.
Cara untuk mengikis kulit luar adalah menggunakan
kertas pasir, kikir, atau meretakkan dengan tukul. Selain itu, menggunakan
mesin pembancuh simen bersama pasir dan kerikil.
b.
Merendam dalam air.
Dapat melarutkan kimia perencat dengan kaedah
merendam air panas (77 hingga 100 darjah farenheit) beberapa minit. Dibiarkan
sejuk. Air biasa 1 – 2 jam merendam dalam asid (bagi kulit yang terlampau
keras).
c.
Melembapkan biji benih pada suhu yang
rendah.
Ia dikenali sebagai pelintapan untuk merangsang
perubahan dari segi fisiologi. Hanya untuk benih yang memerlukan suhu rendah
untuk bercambah sahaja. Kaedah pertama rendam dalam air biasa 12 – 24 jam dan
kemudiannya digaul dalam medium lembab seperti habuk papan reput. (1 bahagian
benih dan 3 bahagian medium) kaedah kedua dengan campuran diletak di tempat
yang sejuk, lembap dan mempunyai pengudaraan baik. Suhu antara 2 – 7 darjah
celcius selama 1 hingga empat tahun.
Pemerhatian
:
Berdasarkan
dari pemerhatian melalui eksperimen ini, saya dan rakan sekumpulan berjaya
membuktikan dua keadaan percambahan iaitu percambahan epigeal dan percambahan
hipogeal. Percambahan epigeal dapat dilihat pada biji benih tumbuhan kacang
tanah manakala percambahan hipogeal pula dapat dilihat pada biji benih tumbuhan
jagung.
_________________________________________________________________________________
Dengan itu, selesai lah eksperimen kita. Ha dengan hasil eksperimen ni, kita boleh tahu apa yang biji benih perlukan untuk bercambah dengan baik. Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment