Minggu 6 : Pembiakan Vegetatif

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Pada minggu ini, kami didedahkan dengan teknik pembiakan vegetatif. Pembiakan Vegetatif merupakan pembiakan jenis aseksual bagi tumbuhan. Pembiakan vegetatif ialah cara membiak atau memperbanyak pokok dengan menggunakan bahagian-bahagian tertentu pokok seperti ranting, dahan, batang, akar dan lain-lain, bagi mendapatkan bilangan pokok yang banyak dan sama jenisnya. Pembiakan vegetatif oleh dibahagikan kepada beberapa kaedah. Pembahagian ini mengikut bahagian-bahagian pokok dan jenis-jenis pokok yang digunakan.

  1. Keratan
  2. Tut
  3. Cantuman
  4. Belahan Rumpun
  5. Bebawang



Bebawang

Umbi pada bebawang mempunyai lapisan. Contoh tumbuhan yang membiak secara bebawang ialah bawang, pokok tulip, bunga seri pagi.

Cara menanam tumbuhan bebawang:
  1. Cabut pokok untuk mendapatkan bawang pada tumbuhan.
  2. Potong daun pada bebawang tersebut

  1. Potong bebawang kepada dua bahagian, jika bebawang besar ia boleh dipotong kepada beberapa bahagian. Pastikan bebawang yang dipotong tidak terlalu kecil.


  1. Tanam bebawang yang telah dipotong ke dalam tanah yang disediakan.


Rumpun

Pokok dibiakkan dengan memisahkan anak-anak pokok daripada rumpun dan menanamnya semula. Contoh tumbuhan, pandan dan serai.

Cara menanam:

  1. Pisahkan anak rumpun
  2. Kemudian tanam di dalam bekas yang disediakan
 


Keratan Daun

Tumbuhan bercambah melalui daun. Daun akan menghasilkan tunas dan berkembang menjadi tumbuhan baru.

Keratan daun boleh dilakukan untuk pokok berjenis 

  1. Herbaa (herbaceous) seperti pokok ati-ati,sanchzia, misai kucing dan selasih
  2. Pokok jenis lendair (succulents) seperti asam batu, gul bakawali, lidah mak mentua, paperomia, gloxinia
Enam jenis keratan daun yang boleh dilakukan
  1. Helai daun
  2. Tangkai daun
  3. Kepingan daun
  4. Mengerat urat
  5. Ruas daun 
  6. Tunas daun
Cara menanam:
  1. Helai daun dikerat 10 cm lebar berbentuk tiga segi dan mempunyai beberapa urat utama
  2. Celupkan di dalam penggalak akar. Kepingan daun ditanam secara menegak
  3. Anak dan akar akan keluar dari pangkal kepingan daun.
Cantuman Baji

Cantuman baji ialah kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal/induk untuk hasilkan pelbagai warna bagi pokok bunga atau dijadikan sebagai pokok tumpang. Contoh, pokok bougainvilla, bunga raya, pokok jambu dan lain-lain.

Peralatan:
  1. Pisau 
  2. Parafilm
  3. Plastik
  4. Tali
Prosedur:


  1. Pilih ranting atau dahan lembut dan masih muda untuk dicantumkan.

  1. Potong atau trim hujung pokok asal dan bersihkan daun disekeliling bagi mengelakkan proses transpirasi yang tinggi.

  1. Potong belah pada tengah-tengah ranting sedalam 2cm/10mm panjang.
  2. Pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam seperti baji
  3. Sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi ke belahan pokok penanti.
  4. Kemudian balut bahagian cantuman tadi dengan pita parafilm
  5. Sungkupkan keseluruhan pokok dengan plastik lutsinar bagi mengelakan dehydration atau pucuk kering dengan cepat. Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan dan biarkan sehingga dahan A dan B tercantum. Hasil selalunya boleh dilihat 3-5 minggu.  Apabila sudah tercantum, buka plastik tadi dan biarkan ia tumbuh seperti biasa.



Comments