Minggu 7 : Menuai Hasil Tanaman Sayuran dan Penanaman Semula

Assalammualaikum,

Pada minggu ini, tugasan kami adalah untuk membuat penuaian pada sayur yang telah ditanam. Hasil tuaian akan dijual mengikut harga semasa. 

Penuaian merupakan proses yang sangat penting di peringkat akhir dalam penanaman sayuran. Masa penuaian yang sesuai bagi sayuran bergantung kepada iklim, musim penanaman dan jenis sayur. Untuk menentukan tahap kematangan sayur bagi mencapai mutu terbaik bukanlah mudah. Jangka masa kematangan, yang tertera pada label yang terdapat pada paket boleh digunakan sebagai panduan sahaja. Indeks penuaian bagi kebanyakkan jenis sayuran buah dan sayuran daun adalah berdasarkan saiz dan warna. 

Bagi kami, saiz sayur daun digunakan sebagai kriteria utama bagi indeks penuaian.

Mula-mula, kami membuat penuaian sayur .
Antara sayur yang dituai adalah :
- bayam merah
- bayam hijau
- sawi



Setelah siap dituai, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membasuh sayur yang telah dituai.




Sayur yang telah siap dibasuh, ditimbang mengikut sukatan jualan  iaitu 400 gm bagi sayur bayam dan 200 gm bagi sayur sawi.


Sayur  yang telah ditimbang kemudian dibungkus dan dilekatkan sticker ladang.


Sayur bayam dijual dengan harga RM 2.00 sejambak manakala sawi dijual dengan harga RM 1.00 sebungkus .




Sayur dijual kepada pensyarah dan staff UTM.



Setelah urusan penjualan sayur siap, kami ditugaskan untuk membuat penanaman baru di batas. Tanaman seterusnya adalah jagung. Setiap batas perlu dibersihkan semula sebelum penanaman baru dijalankan.

 


Tanah perlu digembur semula bagi memperbaiki struktur tanah untuk mendapatkan pengudaraan tanah dan saliran yang baik.




Tanah diratakan semula dan membuat penandaan baru pada batas untuk membuat penanaman benih jagung.

 


Benih jagung ditanam secara selang seli. Sebanyak 30 biji benih ditanam.


Selepas biji benih siap ditanam, batas hendaklah ditutup dengan kain net hitam. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kadar cahaya matahari terus kepada tanaman.


Akhir sekali, biji benih disiram. Penyiraman haruslah dilakukan setiap hari sebanyak 2 kali iaitu pada waktu pagi dan petang. Tindak balas tumbesaran biji benih diperhatikan setiap hari.


Selamat membaca.

Comments