Minggu 8 : Proses Fisiologi Tumbuhan

1. Transpirasi

Tranpirasi ialah proses kehilangan air daripada daun melalui liang stomata dalam bentuk wap air.

Stomata ialah ialah liang kecil pada permukaan daun yang dikawah oleh 'guard cell' yang berbentuk seperti kacang.

Terdapat beberapa faktor mempengaruhi kadar transpirasi iaitu :

  • Keamatan cahaya
  • Kelajuan angin
  • Suhu
  • Luas permukaan
  • Kelembapan udara
video penerangan transpirasi 

2. Fotosintesis

Fotosintesis ialah proses tumbuhan membuat makanannya sendiri. Tumbuhan memerlukan karbon dioksida, air, cahaya dan klorofil untuk menghasilkan glukosa dan oksigen

Kepentingan fotosintesis
i. Membekalkan makanan kepada haiwan
ii. Menyingkirkan karbon dioksida daripada atmosfera
iii. Membolehkan tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri
iv. Mengawal dan mengekalkan kandungan karbon dioksida
v. Menambah kandungan oksigen dalam udara


video penerangan proses fotosintesis

3.Respirasi

Respirasi ialah proses penguraian bahan makanan untuk menghasilkan tenaga yang berlaku sepanjang hari.

Ianya berlaku di stoma dan lentisel.

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kadar respirasi adalah:

  • suhu
  • oksigen
  • air
  • cahaya
video penerangan proses respirasi

4. Penyerapan

Penyerapan ialah proses menyerap bahan ke dalam sel atau merentasi tisu melalu penyebaran atau ostomosis seperti dalam penyerapan air dan nutrien dalam tumbuhan.

Air dan mineral yang diserap oleh akar perlu diangkut ke semua bahagian tumbuhan.

https://youtu.be/HMx5KXWXQb8
video penerangan proses penyerapan

Comments