Minggu 10 - Eksperimen Fotosintesis

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Pada minggu ini kami membuat eksperimen fotosintesis untuk mengesan kehadiran kanji di dalam tumbuhan. Sebelum itu, saya akan menerangkan apa itu proses fotosintesis.

Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen.


Klorofil digunakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau, alga dan cyanobakteria; klorofil dijumpai dalam membran tylakoid. Elektron-elektron daripada klorofil menembusi rantaian pengangkutan elektron, yang mana ATP terhasil daripada chemiosmosis.

Fungsi utama fotosintesis adalah untuk menghasilkan bahan makanan dalam bentuk glukosa. Glukosa adalah bahan utama untuk membina bahan makanan lain, iaitu lemak dan protein di dalam tubuh tumbuhan. Bahan-bahan ini menjadi makanan untuk haiwan dan manusia. Fotosintesis juga membantu membersihkan udara, yang mengurangkan tahap CO2 (karbon dioksida) di udara kerana CO2 adalah bahan mentah dalam fotosintesis.Proses fotosintesis penting bagi semua kehidupan disebabkan tumbuhan yang bergantung hidup kepada matahari ini akan menjadi makanan kepada organisma lain.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam uji kaji ini pembolehubah:

Dimanipulasikan         : Kehadiran klorofil
Bergerak balas             : Warna daun selepas ujian iodine dijalankan

Dimalarkan                  : Jenis daun yang digunakan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan dan peralatan yang digunakan :


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Langkah kerja :

  1. Sediakan daun hijau, potongkan daun hijau menggunakan pisau mengikut saiz yang dikehendaki
  2. Didihkan air dan rebuskan daun hijau yang telah dipotong selama 2 minit.Tujuannya untuk membunuh dan melembutkan daun tersebut
  3. Masukkan alcohol ke dalam tabung uji sebanyak 3cm dari bekas tabung uji
  4. Daun yang telah direbus dimasukkan ke dalam tabung uji yang ada alcohol.
  5. Rendamkan tabung uji tersebut dalam air mendidih selama 5 minit
  6. Daun dikeluarkan daripada tabung uji.
  7. Daun tersebut dicelup dalam air panas selama 1 minit untuk melembutkannya semula
  8. Daun diletakkan di atas piring petri dish dan titiskan larutan iodine. Tindak balas yang berlaku diperhatikan.
  9.  Basuh dan keringkan peralatan yang telah digunakan. Simpan di tempat asal.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pemerhatian :

Dalam eksperimen ini, melalui pemerhatian mula-mula daun direbuskan selama 2 minit. Tekstur daun yang telah direbus menjadi lembut setelah direbus. Kemudian, setelah daun didihkan bersama larutan iodin. Hasil rendaman tersebut menukar warna daun kepada warna cerah. Cairan alcohol di dalam tabung uji juga menyusut. Tujuan penggunaan alcohol adalah untuk mempercepatkan proses pendidihan bagi memecahkan lapisan klorofil di dalam daun. Selepas itu, daun direbus sekali lagi dalam air panas untuk membersihkan lapisan alcohol yang ada pada daun selama 1 minit. Selepas itu, daun diletakkan di atas petri dish dan larutan iodin diletakkan di atas daun. Selepas beberapa minit, daun bertukar menjadi warna biru tua. Warna biru tua menunjukkan adanya klorofil(kanji) di dalam daun yang membolehkan pokok melakukan proses fotosintesis.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulan :

Iodine menunjukkan perubahan warna daripada warna perang ke warna biru tua. Adanya lapisan klorofil pada tumbuhan menyebabkan ia bertindak balas dengan iodine. Jadi, proses fotosintesis hanya berlaku dengan kehadiran klorofil pada tumbuhan. Faktor jenis daun yang digunakan mempengaruhi masa yang diperlukan oleh iodin untuk bertindak balas.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Analisis :

1. Mengapakah larutan alcohol tidak boleh dipanaskan terus kepada api

Larutan alcohol boleh meletup jika dipanaskan terus kepada api

2. Apakah kepentingan proses fotosintesis pada tumbuhan
-Menyediakan makanan untuk dirinya dan semua kerana tumbuhan hijau merupakan pengeluar makanan utama dalam rantaian makanan
-Untuk mengekalkan kehidupan. Ini adalah sumber utama penghasilan oksigen dan tenaga untuk semua organism hidup
-Membantu dalam proses pertumbuhan dan perkembangan tumbuh-tumbuhan

3. Apakah tujuan :
Merebus daun : Untuk melayukan daun
Mendidihkan daun dalam alcohol : Untuk memecahkan lapisan klorofil

4.Nyatakan faktor-faktor yang diperlukan dalam proses fotosintesis
-Cahaya matahari
-Klorofil
-Air
-Karbon Dioksida

5. Tuliskan persamaan fotosintesis


6.      Apakah klorofil dan kegunaaan klorofil kepada tumbuhan ?

Klorofil adalah pigment hijau yang memberikan warna hijau kepada tumbuhan dan membolehkan proses fotosintesis untuk berlaku. Fungsi klorofil pada tumbuhan adalah untuk menyerap cahaya .

7.  Terangkan nilai tumbuhan kepada manusia
Tumbuhan mengeluarkan gas Oksigen yang membantu manusia untuk bernafas. Selain itu, menjadikan sumber makanan kepada manusia dan mengurangkan berlakunya pencemaran. Tumbuhan boleh mengelakkan berlakunya hakisan tanah dan memberikan perlindungan kepada manusia. Tempat yang mempunyai banyak tumbuhan boleh dijadikan tempat riadah kepada manusia kerana dapat memberikan ketenangan melihat kehijauan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dengan itu, selesailah eksperimen ini. Selamat mencuba !

Comments