Minggu 12 : Lawatan dari SRITI
Hari ini kami menerima lawatan dari pelajar Darjah 1 Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Skudai, Johor. Antara aktiviti utama yang kami lakukan adalah membuat terarium. Aktiviti sampingan ialah melawat batas (menyiram dan mencabut rumpai) dan kuiz (soalan mengenai terarium dan batas).
Semua pelajar ini dibahagikan kepada 8 kumpulan dan kami juga dibahagikan kepada 8 kumpulan untuk menjadi fasilitator dalam kumpulan sepanjang aktiviti berlangsung. Bahan-bahan untuk perjalanan aktiviti membuat terarium dan hadiah kepada pemenang terarium serta yang berjaya menjawab soalan kuiz disediakan oleh pensyarah kami, Dr. Husna.
Kami sertakan video dibawah yang telah dirakamkan sepanjang program ini berlangsung 😊
Terima kasih!

Comments
Post a Comment