Minggu 9 : Menanam semula jagung
Assalamualaikum w.b.t..
Pada minggu ini kami melakukan aktiviti menanam semula jagung manis.
Jagung manis yang ditanam pertama kali malangnya tidak tumbuh dengan baik kerana biji benihnya dimakan oleh semut. Jadi kami perlu menanam semula biji benih jagung tersebut.
Sebelum menanam, kami menyembur sekeliling batas dengan racun seranggga bagi mengelakkan biji benih kami dimakan oleh serangga terutamanya semut.
Kemudian kami mengembur kembali tanah keranan tanah tersebut telah mampat ditimpa hujan. Bagi melonggarkan tanah, kami perlu mengemburnya kembali. Ini bagi mengelakkan kesukaran pertumbuhan biji benih terutamanya jagung kerana batang jagung merupakan batang yang lembut dan sukar tumbuh jika terdapat halangan seperti batu-batu dan tanah yang keras dan mampat.
Seterusnya, kami menandakan lubang-lubang untuk menanam bij benih. Lubang yang dibuat tidak boleh terlalu dalam. Hanya empat kali ganda besar biji benih.
Akhir sekali, kami menyiram biji benih tersebut dan melakukan penjagaan antaranya ialah merumpai.
Terima kasih kerana sudi membaca..
Comments
Post a Comment