Minggu 2 : Membaja Dan Menyemai Benih
Assalamualaikum w.b.t Aktiviti pada minggu ini ialah meletakkan baja dan menyemai benih di batas yang telah dibuat. Sebelum memulakan aktiviti tersebut, kami menggembur tanah terlebih dahulu sehingga menjadi halus kerana tanah agak keras dan mempunyai batu-batu kecil. Semasa menggembur kami membuang batu-batu dan rumpai bagi meningkatkan kesuburan tanah dan memudahkan proses tumbesaran tanaman. Membuang batu kecil Menggembur tanah Setelah selesai menggembur tanah, kami meletakkan baja di atas batas. Tujuan membaja ialah untuk membekalkan nutrien kepada tanah supaya tanaman lebih cepat membesar, matang dan sihat. Baja yang digunakan ialah baja organik yang sangat baik untuk tanaman. Baja organik Tekstur dan warna baja Baja diletakkan di atas batas dengan teknik taburan, dimana baja ditabur ke atas tanah. Kemudian, baja digaul dengan tanah supaya baja tidak terdedah di permukaan tanah. Mengambil baja mengikut keperluan Baja ditabur di atas tanah S