Minggu 5 : Eksperimen Percambahan Biji Benih
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua pembaca 😎 Pada minggu ini kami membuat eksperimen berkaitan dengan percambahan biji benih. Terlebih dahulu kami akan menerangkan apa itu proses percambahan biji benih. Percambahan ialah proses tumbuhan mulai tumbuh dari anak benih, spora atau benda lain. Percambahan merupakan peringkat pertama menghasilkan anak benih. Biji benih terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu kulit biji, embrio dan kotiledon. Percambahan berlaku apabila biji benih mula bertumbuh. Berikut merupakan struktur biji benih : Proses bagi percambahan biji benih ialah : Biji benih menyerap air dan udara melalui mikropil. Kotiledon akan mengembang dan menyebabkan testa menjadi lembut dan pecah. Radikel akan berkembang ke dalam tanah dan membentuk akar untuk menyerap air dengan lebih banyak. Plumul pula akan berkembang ke atas dan membentuk pucuk iaitu daun pertama bagi menghasilkan makanan sendiri melalui fotosintesis. Kotiledon tidak diperl