Posts

Showing posts from November, 2018

Minggu 8 : Proses Fisiologi Tumbuhan

1. Transpirasi Tranpirasi ialah proses kehilangan air daripada daun melalui liang stomata dalam bentuk wap air. Stomata ialah ialah liang kecil pada permukaan daun yang dikawah oleh 'guard cell' yang berbentuk seperti kacang. Terdapat beberapa faktor mempengaruhi kadar transpirasi iaitu : Keamatan cahaya Kelajuan angin Suhu Luas permukaan Kelembapan udara video penerangan transpirasi  2. Fotosintesis Fotosintesis ialah proses tumbuhan membuat makanannya sendiri. Tumbuhan memerlukan karbon dioksida, air, cahaya dan klorofil untuk menghasilkan glukosa dan oksigen Kepentingan fotosintesis i. Membekalkan makanan kepada haiwan ii. Menyingkirkan karbon dioksida daripada atmosfera iii. Membolehkan tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri iv. Mengawal dan mengekalkan kandungan karbon dioksida v. Menambah kandungan oksigen dalam udara video penerangan proses fotosintesis 3.Respirasi Respirasi ialah proses penguraian bahan makanan untuk menghasil

Minggu 7 : Menuai Hasil Tanaman Sayuran dan Penanaman Semula

Image
Assalammualaikum, Pada minggu ini, tugasan kami adalah untuk membuat penuaian pada sayur yang telah ditanam. Hasil tuaian akan dijual mengikut harga semasa.  Penuaian merupakan proses yang sangat penting di peringkat akhir dalam penanaman sayuran. Masa penuaian yang sesuai bagi sayuran bergantung kepada iklim, musim penanaman dan jenis sayur. Untuk menentukan tahap kematangan sayur bagi mencapai mutu terbaik bukanlah mudah. Jangka masa kematangan, yang tertera pada label yang terdapat pada paket boleh digunakan sebagai panduan sahaja. Indeks penuaian bagi kebanyakkan jenis sayuran buah dan sayuran daun adalah berdasarkan saiz dan warna.  Bagi kami, saiz sayur daun digunakan sebagai kriteria utama bagi indeks penuaian. Mula-mula, kami membuat penuaian sayur . Antara sayur yang dituai adalah : - bayam merah - bayam hijau - sawi Setelah siap dituai, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membasuh sayur yang telah dituai. Sayur yang telah siap diba

Minggu 6 : Pembiakan Vegetatif

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Pada minggu ini, kami didedahkan dengan teknik pembiakan vegetatif. Pembiakan Vegetatif merupakan pembiakan jenis aseksual bagi tumbuhan. Pembiakan vegetatif ialah cara membiak atau memperbanyak pokok dengan menggunakan bahagian-bahagian tertentu pokok seperti ranting, dahan, batang, akar dan lain-lain, bagi mendapatkan bilangan pokok yang banyak dan sama jenisnya. Pembiakan vegetatif oleh dibahagikan kepada beberapa kaedah. Pembahagian ini mengikut bahagian-bahagian pokok dan jenis-jenis pokok yang digunakan. Keratan Tut Cantuman Belahan Rumpun Bebawang Bebawang Umbi pada bebawang mempunyai lapisan. Contoh tumbuhan yang membiak secara bebawang ialah bawang, pokok tulip, bunga seri pagi. Cara menanam tumbuhan bebawang: Cabut pokok untuk mendapatkan bawang pada tumbuhan. Potong daun pada bebawang tersebut Potong bebawang kepada dua bahagian, jika bebawang besar ia boleh dipotong kepada beberapa bahagian. Pastikan be