Posts

Showing posts from January, 2019

Minggu 12 : Lawatan dari SRITI

Hari ini kami menerima lawatan dari pelajar Darjah 1 Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Skudai, Johor. Antara aktiviti utama yang kami lakukan adalah membuat terarium. Aktiviti sampingan ialah melawat batas (menyiram dan mencabut rumpai) dan kuiz (soalan mengenai terarium dan batas). Semua pelajar ini dibahagikan kepada 8 kumpulan dan kami juga dibahagikan kepada 8 kumpulan untuk menjadi fasilitator dalam kumpulan sepanjang aktiviti berlangsung. Bahan-bahan untuk perjalanan aktiviti membuat terarium dan hadiah kepada pemenang terarium serta yang berjaya menjawab soalan kuiz disediakan oleh pensyarah kami, Dr. Husna. Kami sertakan video dibawah yang telah dirakamkan sepanjang program ini berlangsung 😊 Terima kasih!

Minggu 11 : Teknik Penanaman Tut Udara

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Pada minggu ini, kami membuat teknik penanaman tut udara. Terdapat beberapa jenis tut iaitu tut udara, tut lentur dan tut membusut. Tut merupakan satu teknik  pembiakan yang dilakukan pada dahan atau ranting pada pokok. Kelebihan tut ialah dapat menghasilkan tanaman yang memiliki sifat yang sama seperti induknya serta menghasilkan buah dengan lebih cepat manakala kelemahan tut ialah pokoko tidak boleh dibiakkan dalam kuantiti yang banyak, memerlukan kemahiran dan pokok mudah tumbang jika tidak mempunyai akar tunjang. Seterusnya, saya akan tunjukkan langkah-langkah membuat tut udara. 1. Sediakan bahan dan alatan seperti jiffy palet atau campuran tanah peat moist 2:1, pisau dan plastik. Jiffy palet hendaklah direndam dengan air selama 1 jam 2. Pilih pokok yang bersesuaian untuk di tut. Pokok mestilah tidak terlalu rendah dan terlalu tinggi sehingga menyukarkan untuk membuat tut serta mempunyai dahan yang lurus dan berdiameter 1 cm - 2 cm

Minggu 10 - Eksperimen Fotosintesis

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pada minggu ini kami membuat eksperimen fotosintesis untuk mengesan kehadiran kanji di dalam tumbuhan. Sebelum itu, saya akan menerangkan apa itu proses fotosintesis. Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada  matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air  kepada oksigen dan hidrogen. Klorofil digunakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau, alga dan cyanobakteria; klorofil dijumpai dalam membran tylakoid. Elektron-elektron daripada klorofil menembusi rantaian pengangkutan elektron, yang mana ATP terhasil daripada chemiosmosis. Fungsi utama fotosintesis adalah untuk menghasilkan bahan makanan dalam bentuk glukosa. Glukosa adalah bahan utama untuk membina bahan makanan lain, iaitu lemak dan protein di dalam tubuh tumbuhan. Bahan-bahan ini menjadi makanan untuk haiwan dan manusia. Fotosintesis juga membantu membersihkan u

Minggu 9 : Menanam semula jagung

Image
Assalamualaikum w.b.t.. Pada minggu ini kami melakukan aktiviti menanam semula jagung manis. Jagung manis yang ditanam pertama kali malangnya tidak tumbuh dengan baik kerana biji benihnya dimakan oleh semut. Jadi kami perlu menanam semula biji benih jagung tersebut.  Sebelum menanam, kami menyembur sekeliling batas dengan racun seranggga bagi mengelakkan biji benih kami dimakan oleh serangga terutamanya semut.  Kemudian kami mengembur kembali tanah keranan tanah tersebut telah mampat ditimpa hujan. Bagi melonggarkan tanah, kami perlu mengemburnya kembali. Ini bagi mengelakkan kesukaran pertumbuhan biji benih terutamanya jagung kerana batang jagung merupakan batang yang lembut dan sukar tumbuh jika terdapat halangan seperti batu-batu dan tanah yang keras dan mampat. Seterusnya, kami menandakan lubang-lubang untuk menanam bij benih. Lubang yang dibuat tidak boleh terlalu dalam. Hanya empat kali ganda besar biji benih. Akhir sekali, kami menyiram biji benih